top of page

Syarat Untuk Kekalkan Nombor Lama ( Port In )

Jika anda ingin mengekalkan nombor lama anda ke dalam SimKad Tone Excel, terdapat beberapa syarat serta peringatan yang perlu dipatuhi.

 

Pertama Sekali :

Pastikan Maklumat Pendaftaran (Nama & Nombor IC) adalah sama di antara dua telco (Telco Lama & Tone Excel)

 

  • Pastikan kredit sudah dihabiskan dahulu, tinggalkan lebih kurang satu ringgit (RM1) sahaja. Ini kerana, apabila anda membuat port in, semua kredit yang ada pada simkad lama akan hilang.

 

  • Save / simpan dahulu nombor telefon yang ada pada simkad lama tersebut ke dalam handphone anda, selepas port in, semua nombor telefon yang ada pada simkad lama tersebut akan hilang. (Kemungkinan besar)

 

  • Ada juga yang memberitahu saya selepas mereka membuat port in, mereka tidak dapat menerima Nombor TAC dari ebanking seperti Maybank2u, CIMB click dan lain-lain.

 

  • Untuk menyelesaikan perkara ini, saya cadangkan anda pergi ke Mesin ATM bank yang berkaitan, tukarkan nombor telefon penerima TAC tersebut kepada nombor lain terlebih dahulu.

 

  • Kemudian keluarkan kad ATM anda dan masukkan semula kad ATM tersebut dan tukarkan sekali lagi nombor telefon penerima nombor TAC tadi kepada nombor telefon yang asal atau mana-mana nombor telefon yang anda inginkan.

 

  • Ini seperti aktiviti reset sahaja, dan dengan cara itu setakat ini saya sendiri dapat menerima nombor TAC yang diperlukan tanpa sebarang masalah.

  • Saya sendiri pernah Port In nombor lama saya ke dalam SimKad Tone Excel ini dan tidak perlu membuat sebarang aktiviti reset untuk nombor TAC, saya biarkan dalam tempoh 48 jam dan ia berhasil serta tiada masalah untuk menerima nombor TAC daripada mana-mana perkhidmatan perbankan atas talian (online).

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Rakan Niaga Anda Mengalami Masalah Port In Tidak Berjaya?

Ikut saluran yang betul, cara yang betul.

 

Pertama sekali, proses Port In gagal bukanlah masalah program, bukan masalah DEC, bukan masalah Tone Excel, dan bukan masalah anda.

 

Kegagalan port in biasanya disebabkan oleh;

 

1.) Nama dan No.IC tidak sama antara 2 telco, iaitu telco lama dengan tone excel. (Masalah rakan niaga anda)

2.) Telco lama tidak mahu lepaskan. (Masalah rakan niaga anda dengan telco lama beliau)

3.) Mungkin rakan niaga anda belum selesaikan bil tertunggak. (Masalah rakan niaga anda)

4.) Mungkin rakan niaga anda masih terikat dengan plan yang digunakan dengan telco lama.

5.) Mungkin format sms yang dihantar tidak mengikut format yang betul. (Masalah rakan niaga anda)

6.) Proses port in memakan masa sehingga 48jam untuk diproses. (Perlukan kesabaran)

7.) Rakan niaga anda sudah ke service center telco lama untuk pengesahan / pembetulan maklumat?

 

Jika maklumat seperti nama dan No.IC adalah sama, teruskan menghantar sms kod "PT" setiap 48jam sekali jika masih gagal Port In.

 

Cara lain, Port In ke telco lain terlebih dahulu, kemudian port in ke telco Tone Excel.

(Tidak digalakkan, ini adalah pilihan terakhir setelah mereka cuba Port In banyak kali tetapi tetap gagal)

 

Cuba cari punca masalah dan berikan jalan penyelesaian kepada mereka.

 

Pihak DEC & Tone Excel hanya boleh membantu untuk menghantar permohonan anda untuk Port Out dari telco lama mereka sahaja, jika telco lama setuju untuk lepaskan, maka barulah Pihak Tone Excel boleh teruskan proses Port In.

 

Diharap dapat membantu.

Laman web ini dibawakan kepada anda oleh : Muhammad Asri Amran | Telefon : 013-245 9679 | ID Rujukan : IDP418211 

bottom of page